PUTRAJAYA 1 Julai – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikehendaki hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pukul 10 pagi esok bagi membantu siasatan berhubung dua kes berasingan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya telah menghubungi Ahmad Zahid untuk hadir ke SPRM pada Rabu lalu.
“Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid telah dihubungi oleh SPRM pada 27 Jun lalu bagi meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











