PUTRAJAYA 2 Julai- Selepas tiga jam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi belum selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dua kes yang disiasat suruhanjaya itu. Difahamkan, tempoh mengambil keterangan mungkin akan berlanjutan sehingga jam 7 petang ini memandangkan Ahmad Zahid perlu memberi keterangan berhubung dua kes bagi membantu siasatan SPRM. Dua kes yang disiasat itu membabitkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penyelewengan dana sebuah yayasan diterajui Ahmad Zahid bernilai lebih RM1…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya