Adakah penting hitam atau putih tanya MCA kepada Maszlee - Utusan Malaysia

Adakah penting hitam atau putih tanya MCA kepada Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – MCA hari ini mempersoalkan keputusan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengarahkan pelajar sekolah menggunakan kasut berwarna hitam bermula tahun depan.

TI LIAN KER
TI LIAN KER

Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, adalah sesuatu yang dangkal jika menjangkakan dengan memakai kasut berwarna hitam akan membantu mengatasi isu kasut kotor dalam kalangan pelajar sekolah.

Jelas beliau, kasut putih sebenarnya membentuk dan menerapkan sikap pembersih dalam diri pelajar.

“Ianya adalah satu paradoks untuk mengandaikan kekotoran pada kasut berwarna hitam kurang kelihatan kerana debu perang tetap jelas kelihatan pada permukaan berwarna hitam.

“Adalah dangkal untuk mengandaikan kekotoran pada kasut berwarna hitam lebih bersih dari kasut berwarna putih serta tidak perlu dibasuh selalu,” kata Lian Ker dalam satu kenyataan hari ini.

Jika pendirian warna hitam boleh mengatasi isu kekotoran dan kebersihan, Lian Ker menyarankan Kementerian Pendidikan agar menukar warna pakaian seragam sekolah hitam.

Lian Ker berkata, sudah sampai masanya Menteri dari Pakatan Harapan untuk tidak melakukan tindakan populis seperti yang mereka lalukan ketika menjadi pembangkang.

Kementerian Pendidikan juga disaran memberi lebih fokus terhadap isu di sekolah seperti kes buli, samseng dan memastikan pelajar kawasan pendalaman mempunyai ekses yang mudah terhadap pendidikan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN