A. Aida sah bergelar isteri pelakon muda - Utusan Malaysia

A. Aida sah bergelar isteri pelakon muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hanya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Ariff Aziz penerbit terkenal, Datuk A.Aida sah bergelar isteri dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahannya, malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Mohammad Imran Nasohah, Imam 2, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 47, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000 daripada Ariff, 29.

Pelakon drama Dia itu turut menghadiahkan A.Aida dua barangan mewah berupa jam tangan jenama Cartier dan beg tangan Hermes.

Sementara itu, A.Aida pula membalas lima dulang hantaran termasuk jam tangan jenama Hublot, sebentuk cincin, beg clutch Louis Vuitton dan minyak wangi Chanel.

Pasangan itu menzahirkan rasa lega apabila majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Dorsett Grand, Subang Jaya itu berjalan dengan lancar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN