6 lelaki ditahan miliki senjata api tiruan - Utusan Malaysia

6 lelaki ditahan miliki senjata api tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 20 Julai – Enam lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan memiliki senjata api tiruan di Kampung Grogo, Bau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Mohd. Sabri Zainol berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 32 tahun itu ditangkap pukul 12.05 tengah hari.

Menurutnya, operasi khas itu dijalankan susulan maklumat dan risikan yang mencurigakan terhadap tindak tanduk suspek.

“Semasa serbuan dilakukan, kesemua suspek berada dalam rumah dan pemeriksaan lanjut menemukan dua paket kecil plastik lutsinar dan satu peket besar plastik mengandungi dadah dipercayai syabu.

“Pemeriksaan di luar rumah pula menemukan sepucuk pistol hitam menyerupai senjata api jenis P99 DAO yang diletakkan di atas rangka simen tingkap luar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, syabu seberat 1.53 gram itu dianggarkan bernilai RM300.

Katanya, kesemua suspek didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamin

Tambahnya, kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN