51.5 peratus rakyat Kelantan bina rumah atas tanah sendiri - Utusan Malaysia

51.5 peratus rakyat Kelantan bina rumah atas tanah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 2 Julai – Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan hari ini melaporkan 51.5 peratus rakyat negeri ini lebih gemar membina rumah atas tanah sendiri atas beberapa faktor.

Memuatkan artikel berkaitan…
NORDIN DAHAROM
NORDIN DAHAROM

Ketua Pengarah JPPH, Nordin Daharom berkata, faktor itu diyakini berikutan harga pasaran murah, kos upah serta reka bentuk yang menyebabkan pembeli berpuas hati.

“Selain itu, nilaian tanah tidak berapa tinggi berbanding negeri lain sebab itu rakyat negeri ini lebih gemar membeli rumah di atas tanah sendiri.

“Dasar kerajaan juga sejak sekian lama sudah menggalakkan setiap penjawat awam memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah namun, masih ada yang tidak mampu memenuhi hasrat itu disebabkan beberapa prosedur baharu diperkenalkan sehingga memberi kekangan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pinjaman Perumahan Sektor Awam (SPPSA) anjuran bersama JPPH di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Penilaian JPPH negeri, Mohd. Rofi Yusof. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN