BANGI 22 Julai – Seramai 504 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional telah dianugerahkan sijil dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali Ke-5 yang berlangsung di sini pagi ini.
Sejak 2010 hingga 2016, seramao 4,976 pelajar telah mendapat latihan di 41 buah institusi latihan kemahiran yang bekerjasama dengan MBM di bawah Program Belia Mahir.
Majlis konvokesyen bagi graduan-graduan dari 11 buah kolej kemahiran di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Majlis konvokesyen ini diadakan serentak dengan Sambutan 7 Dekad MBM.
Turut hadir pada majlis hari ini Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali; Presiden MBM, Mua’ammar Ghadafi Jamal dan Pengerusi Tetap MBM, Mohd. Syahbuddin Hashim. – UTUSAN ONLINE










