KUALA TERENGGANU 25 Julai – Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) edisi 2018, kejohanan tradisi tahunan yang akan berlangsung pada 8 September depan di Dataran Batu Burok di sini disasarkan menarik 50,000 penyertaan dari dalam dan luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kejohanan bertemakan ‘vacayrun’ dengan pendekatan bersukan sambil bercuti itu seiring dengan hasrat kerajaan negeri merancakkan kegiatan…










