50 ahli Masti tabur bakti di Chana, Thailand - Utusan Malaysia

50 ahli Masti tabur bakti di Chana, Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Seramai 50 ahli Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (Masti) menabur bakti di Kampung Khokkek, Chana, Thailand yang bermula hari ini hingga 15 Julai.

Presiden Masti, Azri Hodad berkata, Projek Antarabangsa: Kesukarelaan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (iVCORE) di Thailand itu menyasarkan sumbangan kewangan dan pembinaan sekolah serta masjid.

“Selain itu, kami akan melaksanakan aktiviti sukan serta motivasi bersama anak-anak yatim di Sekolah Santiwit.

“Golongan asnaf turut dibantu dengan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Masti telah melaksanakan program bantuan kemanusiaan, aktiviti kemasyarakatan dan ceramah motivasi di Sabah dan Terengganu.

Daerah Chana yang terletak di wilayah Pattani, selatan Thailand mempunyai kira-kira 104,000 penduduk yang majoritinya bekerja sebagai nelayan selain terlibat dalam sektor pertanian.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan program itu di Kampus Tetap, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra, Arau dekat sini semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN