APAKAH industri akhbar sudah mati? Belum lagi. Anda yang membaca Merrepak di dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini secara langsung membantu memastikan kesinambungan hayat akhbar keramat ini. Mungkin ‘sakit’ adalah gambaran lebih tepat untuk menggambarkan situasi semasa akhbar yang dilahirkan pada 1938 di Singapura ini. Perlu diperingatkan, kesakitan yang dialami akhbar ini bukan eksklusif atau khusus kepada kami sahaja, tetapi menyeluruh ke semua akhbar di seluruh negara, bahkan di seluruh…










