KUALA LUMPUR – Seramai 45 orang pemilik kereta yang telah dimodifikasi terpaksa merelakan jentera kesayangan mereka itu ditinggalkan di balai polis selepas ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di beberapa lokasi awal pagi tadi. Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur Superintendan Sarifudin Mohd. Salleh berkata, semua kenderaan tersebut ditahan berikutan modifikasi yang dilakukan adalah secara keterlaluan serta tidak mematuhi spesifikasi yang dibenarkan. “Terdapat pemilik…










