TAIPING 12 Julai – Sebanyak 31 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping mengalami keracunan makanan sejak semalam setelah dipercayai memakan hidangan yang disediakan di dewan makan asrama sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar yang berusia antara 16 hingga 17 tahun itu mendapatkan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Taiping dan Hospital Taiping setelah mengalami gejala seperti muntah, sakit perut dan cirit birit. Namun begitu, hanya seorang daripada mereka dimasukkan ke dalam wad,…










