MELAKA 4 Julai – Kira-kira 3,000 hadir dalam majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Dewan Serbaguna IPK negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.
Pelbagai hidangan disediakan oleh setiap wakil daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri ini iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin untuk para tetamu yang hadir.
Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Adly Zahari; Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim serta barisan Exco kerajaan negeri.
Sepanjang program dijalankan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian bersama live band oleh para anggota dan pegawai polis negeri ini. – UTUSAN ONLINE










