3 PATI antara yg ditemukan maut di pantai Tanjung Penyusup - Utusan Malaysia

3 PATI antara yg ditemukan maut di pantai Tanjung Penyusup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Julai – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk tiga yang sudah meninggal dunia ditemukan di pantai Tanjung Penyusup, Kota Tinggi pagi ini, manakala 16 yang lain dipercayai masih hilang apabila cuba memasuki negara ini.

Tiga yang maut terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, manakala tiga lelaki dan dua wanita terselamat.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia negeri, Kapten Martim Sanifah Yusof berkata, pihaknya dimaklumkan seramai 24 PATI yang berusia antara 35 hingga 45 tahun telah terjun dari sebuah bot yang dipercayai membawa mereka ke negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima laporan dari orang awam yang terjumpa lapan daripada mangsa termasuk tiga daripada mereka telah meninggal dunia di pantai berkenaan.

“Operasi SAR diaktifkan pukul 7.15 pagi ini dengan melibatkan agensi penyelamat dari Maritim Malaysia, polis, bomba dan Tentera Darat dengan kekuatan pegawai dan anggota 36 orang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×