23 lelaki mengaku tidak bersalah - Utusan Malaysia

23 lelaki mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 23 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’ sejak tiga tahun lalu.

Mereka ialah R. Nagarajan, R. Ganesh, K. Ron Raniel, K. Balamuruli, V. Anith Kumar, P. Sharveswaran, R. Alagendran Pillai, S. Kanagadran, M. Sa­tish Varman, S. Shashi Kumar, G. Thiagu, S. Pandian, C. Navin Naidu, M. Neriendran, V. Shasi Kumar, B. Seleveraj, P. Nagulan, M. Parwin, L. Pravin Kumar, N. Saravanan, M. Indran, S. Sathiaseelan dan M. Arivanathan yang berusia antara 19 hingga 38 tahun.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah te­rancang Geng 08 di Kuala Lumpur antara 1 Januari 2015 dan 28 Mac lalu.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum bawah subseksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN