KOTA TINGGI 8 Julai – Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka bergesel sesama sendiri sebelum bertembung dengan sebuah lori membawa roti dalam satu kejadian di Kilometer 67.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, Mohamad Iman Firdaus Razak Jaffry, 19, dan sahabatnya, Muhammad Eizlan Nor Azman, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Kedua-dua rakan karib itu masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Pasak di sini dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 125z selepas menonton bola sepak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya