19 lemas,berpuluh hilang bot karam di Cyprus - Utusan Malaysia

19 lemas,berpuluh hilang bot karam di Cyprus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICOSIA 19 Julai – Sekurang-kurangnya 19 orang pendatang lemas manakala lebih 30 lagi hilang, semalam selepas bot dinaiki mereka karam di Laut Mediterranean di perairan utara Cyprus.

Pasukan keselamatan tempatan berkata, bot itu membawa 150 orang penumpang yang didakwa rakyat Syria sebelum ia tenggelam di luar pantai yang memisahkan antara Turki dan Cyprus.

Lebih daripada 100 orang diselamatkan dalam satu operasi bersama pasukan pengawal pantai Turki dan Cyprus selepas bot itu karam di luar Kampung Gialousa di semenanjung Karpas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN