1,200 unit Residensi Sky Awani 3 terjual - Utusan Malaysia

1,200 unit Residensi Sky Awani 3 terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Sejumlah 1,200 unit atau 60 peratus daripada Residensi Sky Awani 3, Setapak, di sini di bawah skim Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) terjual dalam tempoh enam bulan selepas pelancarannya pada Februari lepas.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Skyworld Development Group (SkyWorld), Lee Chee Seng berkata, tiga blok terakhir bangunan setinggi 52 tingkat itu dijangka akan dibuka untuk jualan pada Ogos depan.

Beliau yakin bahawa Sky Awani 3 akan menerima sambutan seperti S­ky Awani 1 dan Sky Awani 2 memandangkan ia memiliki kemudahan dan harga yang sama.

“Kerja-kerja cerucuk untuk siri ini akan siap pada bulan depan manakala kerja-kerja pembinaan utama akan bermula pada September,” katanya ketika ditemui dalam sesi lawatan di SkyAwani 1, di sini

Sky Awani 3 menawarkan 1,905 unit, masing-masing dengan binaan standard seluas 800 kaki persegi pada harga RM300,000 dan kediaman itu dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

Sementara itu Chee Seng ketika diminta mengulas mengenai isu pertukaran warna cat di Residensi Sky Awani 1, Sentul di sini, beliau menafikan dakwaan pihaknya menggunakan cat tidak berkualiti pada kediaman terbabit.

Katanya, penggunaan warna pada Rumawip itu di­pilih berdasarkan kajian dan keputusan ar­kitek bangunan selain dipersetujui oleh majoriti pembeli.

“Isu cat tidak berkualiti tidak sepatutnya timbul kerana pihak kami menggunakan cat berjenama terbaik di pasaran yang di­sahkan tahan lebih lama dalam pelbagai jenis cuaca,” katanya.

Pada 12 Julai lalu, pembeli unit di kediaman Residensi Sky Awani 1, K. Chandran mendakwa sebahagian daripada pembeli tertipu selepas bangunan kediaman 1,226 unit itu tidak dicat warna asal seperti yang dijanjikan di dalam risalah dan rumah contoh.

Beliau turut mempertikaikan motif Chandran apabila mengadakan sidang akhbar yang hanya dihadiri oleh tiga pembeli dan tidak mewakili secara keseluruhan 1,226 pembeli yang lain.

Chee Seng berkata, pemilihan warna itu juga dipersetujui oleh wakil Kementerian Wilayah selepas mengadakan kunjungan ke perumahan itu pada 17 Mei lalu.

“Kami juga telah membuat kaji selidik ke atas pembeli unit dan majoriti daripada mereka bersetuju terhadap pemilihan warna tersebut yang menerapkan elemen alam sekitar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN