11 maut bot amfibia terbalik - Utusan Malaysia

11 maut bot amfibia terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISSOURI 20 Julai – Sekurang-kurangnya 11 penumpang lemas apabila sebuah bot amfibia atau ‘bot itik’ karam dan tenggelam dalam cuaca buruk di sebuah tasik di sini bersama 31 penumpang lain termasuk kanak-kanak.

Sherif daerah Stone, Doug Rader berkata, tujuh penumpang dibawa ke hospital susulan insiden tersebut yang berlaku di Tasik Table Rock berhampiran Branson di sini.

Rader dalam sidang media berkata, sekurang-kurangnya 11 maut dalam insiden itu ketika penyelam selesai usaha pencarian sehingga malam dan akan meneruskannya pagi ini.

Kru kecemasan bergegas ke tempat kejadian sejurus jam 7 petang selepas ribut membadai kawasan itu, kata jabatan bomba di Twitter. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN