100 penyokong Najib berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

100 penyokong Najib berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepadanya sebelum perbicaraan bermula.

Difahamkan, kumpulan yang mula berkumpul sejak pukul 7.30 pagi itu, terdiri daripada ahli UMNO Pekan dan beberapa penyokong lain menggesa kerajaan membebaskan Najib.

Ketua Puteri UMNO Pekan, Sida Tatiana Sariat berkata, pihak berkuasa tidak seharusnya menahan Najib tanpa mempunyai bukti yang kukuh.

“Kalau beliau bersalah, tunjukkan bukti kukuh dan tidak perlu menahan beliau seperti ini.

“Kami mahu pihak berkuasa bebaskan Najib, ahli lain dari Pontian dan Temerloh akan menyertai kami untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Bahagian kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN