Zulhasnan bersara daripada politik - Utusan Malaysia

Zulhasnan bersara daripada politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jun – Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique hari ini mengumumkan keputusan bersara daripada politik selepas lebih 13 tahun berkecimpung dalam bidang itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zulhasnan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi fokus kepada bidang perniagaan miliknya.

Selain itu, keputusan itu juga adalah bagi memberi peluang kepada golongan muda menerajui dan mentransformasikan UMNO sebagai salah sebuah wadah perjuangan orang Melayu.

“Beri peluang kepada orang muda yang bertenaga kerana pengundi daripada golongan ini semakin bertambah dengan aliran pemikiran berbeza.

“Inilah sebenarnya masa untuk memperbaharui dan memperkasa UMNO dengan muka-muka baharu,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN