KUALA LUMPUR 30 Jun – Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique hari ini mengumumkan keputusan bersara daripada politik selepas lebih 13 tahun berkecimpung dalam bidang itu. Zulhasnan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi fokus kepada bidang perniagaan miliknya. Selain itu, keputusan itu juga adalah bagi memberi peluang kepada golongan muda menerajui dan mentransformasikan UMNO sebagai salah sebuah wadah perjuangan orang Melayu.…