MALAYSIA terlepas peluang mempertahankan gelaran raja pecut remaja Asia yang dimenangi Khairul Hafiz Jantan dua tahun lalu apabila kini menjadi milik musuh tradisi dalam dunia olahraga, Indonesia. Atlet pecut remaja negara, Mohammad Zulfiqar Ismail terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa menerusi catatan masa 10.46 saat (s) pada aksi final 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2018 di Gifu, Jepun semalam. Zulfiqar, 19, menerima hakikat tewas kepada bintang baharu Indonesia,…










