MADRID 1 Jun – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mengejutkan ramai pihak, apabila dia mengambil keputusan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu hanya beberapa hari selepas skuad bimbingannya menjulang gelaran Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut. Bekas pemain antarabangsa Perancis berusia 45 tahun itu berkata, sudah tiba masanya dia melakukan perubahan untuk dirinya sendiri dan juga kelab serta mengakui, dia meragui kemampuannya bagi mengekalkan rekod kemenangan di Real. Bagaimanapun, katanya, tidak…










