Zeti dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan PNB - Utusan Malaysia

Zeti dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan PNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

PNB menerusi satu kenyataan akhbar sebentar tadi telah mengesahkan pelantikan tersebut yang merupakan susulan daripada persaraan Tan Sri Abdul Wahid Omar pada 30 Jun ini.

Lembaga Pengarah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) dan PNB mengalu-alukan pelantikan Zeti dan yakin dengan pengalaman beliau yang meluas akan terus memberi kepimpinan kukuh kepada Kumpulan PNB dalam mencapai mandat asasnya untuk memperkasakan kekayaan korporat demi manfaat rakyat Malaysia. 

Zeti kini merupakan salah seorang Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diamanahkan untuk memberi nasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan.

Sementara itu, Lembaga Pengarah PNB turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Abdul Wahid atas sumbangan beliau yang tidak ternilai sebagai Pengerusi Kumpulan PNB.

PNB menghargai kepimpinan bekas Pengerusi Kumpulan PNB itu yang membimbing Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan PNB serta syarikat-syarikat pelaburan sejak pelantikannya pada Ogos 2016.

Semasa beliau di PNB, Abdul Wahid telah mengukir pelan hala tuju untuk PNB demi mencapai tiga amanah mandat yang komprehensif; menghasilkan pulangan yang mampan dan lebih baik untuk portfolio, meningkatkan kekayaan dan penyertaan ekonomi bumiputera serta menyalurkan sebahagian daripada keuntungan kepada inisiatif-inisiatif yang menyampaikan impak sosial kepada masyarakat. – K! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN