Zambry kekal Ketua UMNO Bahagian Lumut - Utusan Malaysia

Zambry kekal Ketua UMNO Bahagian Lumut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 30 Jun – Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lumut apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan parti hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, mempertahankan jawatan yang disandangnya itu sejak tahun 2004.

Dalam pada itu, jawatan Timbalan Ketua Bahagian menyaksikan tiga calon bertanding iaitu penyandangnya, Datuk Rashidi Ibrahim; Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Sitiawan Bandar, Muhathir Makhtar dan Bendahari UMNO Bahagian Lumut, Datuk Norzaman Man.

Jawatan Naib Ketua Bahagian pula ditandingi oleh empat individu iaitu penyandangnya, Datuk Azri Jaafar, Asmadi Teh (AJK UMNO Bahagian Lumut), Mohd. Shahril Yahya (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut) dan Datuk Azizah Johor (Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN