DARI jauh, Jessamine Jasmi, 45, memerhati dengan penuh minat kelibat anak perempuannya yang melanggar salah seseorang lelaki dewasa ketika sedang berjalan-jalan di sebuah pasar raya berhampiran rumahnya di Klang, Selangor. Pelanggaran secara tidak sengaja itu menghadirkan rasa kurang senang kepada pelanggan pasar raya berkenaan kerana mengganggu pergerakannya. Memburukkan lagi keadaan, anaknya, Fatihihah Zulkarnain, 10, berlalu begitu sahaja tanpa rasa bersalah atau memohon maaf. Insiden itu menyedarkan Jessamine bahawa anaknya masih…











