Yayasan Bank Rakyat rai anak yatim, miskin dan mualaf - Utusan Malaysia

Yayasan Bank Rakyat rai anak yatim, miskin dan mualaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan 200 anak yatim, miskin dan mualaf daripada Kompleks Pendidikan Darul Kifayah, Gombak.

Pengerusinya, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh berkata, majlis turut meraikan rakan kerjasama strategik Bank Rakyat seperti Bank Rakyat, Kementerian Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Turtle Conservation Society.

“Kami telah meletakkan satu titik permulaan yang baru dalam meneruskan cita-cita serta misi kami dalam memberikan pendidikan yang berkualiti secara sama rata.

Memuatkan artikel berkaitan…

“YBR secara berterusan akan sentiasa mencari peluang untuk membantu para pelajar, guru-guru dan masyarakat dalam mengemaskini pengetahuan dan kompetensi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang bagi mempersiapkan anak-anak kita dalam menjadi pelajar yang holistik,” katanya.

Sementara menunggu waktu berbuka, Shukry turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada kesemua anak-anak Darul Kifayah sebelum majlis diserikan dengan tazkirah ringkas oleh Imam Muda Asyraf. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini