Yapeim berfungsi memperkukuh ekonomi ummah - Utusan Malaysia

Yapeim berfungsi memperkukuh ekonomi ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 6 Jun – Fungsi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bukan sahaja hanya membangunkan sosial ummah, tetapi juga berperanan memperkukuhkan ekonomi umat Islam.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihaknya telah memperkenalkan pelbagai produk perniagaan antaranya skim pajak gadai ar-Rahnu dan perniagaan syiling emas untuk menyebar luas usaha berkenaan.

“Sejak 1985, Yapeim memperkenalkan skim potongan gaji sama ada melibatkan pekerja kerajaan dan swasta untuk disalurkan kepada program-program pemerkasaan ummah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi bagi melipat gandakan jumlah dan bentuk bantuan, kita memperkenalkan insrumen perniagaan bagi tingkatkan jumlah tabungan dan sekali gus dapat diagihkan kepada lebih ramai golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Inspirasi Ramadan Yapeim 2018 peringkat Negeri Selangor di Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Shashim Shah Harun dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Dr. Hafsah Hashim.

Pada masa sama, Shashim Shah berkata, pihaknya menghargai dan mengucapkan terima kasih atas segala usaha Yapeim dalam membantu meringankan beban anak-anak yatim untuk melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, Jabatan Pendidikan Negeri dan pejabat pendidikan daerah seluruh Selangor amat menyokong usaha tersebut termasuk mengemukakan nama-nama anak yatim terlibat.

“Tahun ini sudah kali ketiga program ini diadakan bagi menyatuni anak-anak yatim pada bulan Ramadan ini dan kami berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, Othman menyerahkan sumbangan berjumlah RM120 yang berupa wang tunai RM100 dan barangan bernilai RM20 kepada 1,000 anak-anak yatim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini