Hampir enam tahun ditubuhkan, persatuan kebajikan artis, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) akhirnya menukar nama menjadi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) sebagai menghormati permintaan kerajaan baharu yang dipilih selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mei lalu. Pengerusinya, Datuk Irwan Shah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave memberitahu, memandangkan logo 1Malaysia juga sudah tidak lagi relevan seiring dengan kehendak parti pemerintah baharu, pihaknya tiada masalah untuk memberi kerjasama. Tambahnya lagi, nama…










