WASHINGTON 17 Jun – Ketika dunia dihidangkan dengan pelbagai watak adiwira, Man of Steel atau lebih dikenali sebagai Superman terus bertakhta sebagai adiwira paling ikonik kepada rakyat Amerika Syarikat (AS). Sepanjang 80 tahun selepas membuat kemunculan dalam DC Comics sejak Jun 1938, Superman sehingga kini masih diingati, diminati dan terus dianggap sebagai adiwira sepanjang zaman. Malah, DC Comics juga dilihat ‘bergantung harap’ kepada Superman untuk terus mengekalkan kelangsungannya dalam industri…










