KUALA LUMPUR 18 Jun – Seorang lelaki warga Nepal maut ditikam rakan serumahnya yang juga warganegara sama di Putra Majestik, Jalan Kasipillay Off Jalan Ipoh, Sentul di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang warga Nepal mengenai kejadian terbabit pada pukul 2.01 pagi. “Bertindak atas maklumat itu, Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pergi ke…









