Warga kota serbu rumah terbuka MPSJ - Utusan Malaysia

Warga kota serbu rumah terbuka MPSJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 28 Jun – Kira-kira 2,000 warga kota memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ) di Ibu Pejabat MPSJ di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis yang berlangsung dari pukul 3 hingga 6 petang itu dimeriahkan dengan sajian pelbagai menu istimewa yang disediakan oleh jabatan-jabatan pihak berkuasa tempatan itu.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali berkata, program yang diadakan setiap tahun itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan MPSJ dan masyarakat khususnya penduduk Subang Jaya.

“Antara aktiviti yang diadakan adalah Anugerah Gerai Paling Raya peringkat jabatan serta penyampaian sumbangan duit raya kepada anak kakitangan MPSJ.

“Selain itu, pada majlis ini kita juga memperkenalkan penggunaan bekas makanan berasaskan biodegradasi serta mengasingkan sisa makanan mengikut tong sebagai sokongan kepada kempen cintakan alam sekitar,” katanya.

Yang turut hadir Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Noraini Roslan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN