PAPAR 26 Jun – Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Kaiduan, Kinarut, di sini semalam. LADAMAH SULAIMAN Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa Augustinus Tino, 25, dikatakan cuba berenang menyeberangi sungai tersebut sebelum hilang dibawa arus deras. Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintenden Ladamah Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.25 petang dan pergi ke lokasi kejadian untuk operasi…










