Warga emas sakit mental hilang - Utusan Malaysia

Warga emas sakit mental hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULA LUMPUR 20 Jun – Seorang wanita bimbang selepas ibu saudaranya yang mengalami sakit mental didapati hilang dari kediaman mereka di Jalan Rimbunan Melayu, Laman Rimbunan Kepong di sini sejak Hari Raya Aidilfitri pertama lalu.

Warga emas sakit mental hilang
 

Menurut Darwina Abd. Rahman, 29, ibu saudaranya, Faridah Yaakob, 65, mengalami skizofrenia dan didapati hilang pada pukul 3.30 petang, 15 Jun lalu.

“Ketika hilang, dia memakai baju kurung berwarna coklat dengan corak bunga-bunga kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas kami sedari kehilangan makcik, kami sekeluarga cuba mencarinya di kawasan sekitar termasuk di hospital namun gagal ditemukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Darwina, laporan polis telah dibuat sehari selepas kehilangan warga emas terbabit.

“Kami risaukan keselamatan makcik kerana masalah kesihatannya yang mungkin membuatkan dia lupa untuk balik ke rumah.

“Sesiapa yang terjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai ibu saudara saya boleh menghubungi di talian 03-62517263/016-9743454/016-2932955 atau mana-mana balai polis terdekat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini