BATU PAHAT 18 Jun – Seorang pesara kerajaan kerugian kira-kira RM288,000 ditipu sindiket Macau Scam selepas didakwa terlibat dalam kes dadah, penyeludupan, lari cukai serta pengubahan wang haram. ABDUL WAHIB MUSA Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 62 tahun telah melakukan beberapa transaksi pembayaran ke beberapa akaun sindiket berkenaan kononnya sebagai bayaran wang jaminan dan yuran guaman. “Pada 17 Mei lalu,…










