Waran tangkap dikeluarkan terhadap Jamal - Utusan Malaysia

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Jamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapatkan waran tangkap bagi menahan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang hilang dari Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, waran tangkap tersebut telah dikeluarkan hari ini oleh Mahkamah Majistret Ampang di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.

“PDRM telah memberi masa yang secukupnya kepada beliau untuk tampil menyerah diri dan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan yang dijalankan terhadap dirinya.

“Namun begitu, beliau gagal berbuat demikian, sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang cuba menggambarkan bahawa keselamatan dirinya terancam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi menambah, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Jamal boleh menyalurkan maklumat tersebut kepada mana-mana balai polis yang berhampiran.

Akhbar tempatan melaporkan, Jamal kini dipercayai bersembunyi di Tanjung Balai, Karimun Besar di barat daya pesisir Johor selepas mengetahui dirinya diburu pihak polis.

Kosmo! semalam melaporkan Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan polis di Indonesia bagi membawa pulang Jamal ke Malaysia dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN