Wanita tahan sakit lebih 12 jam dua cincin tersangkut di jari manis - Utusan Malaysia

Wanita tahan sakit lebih 12 jam dua cincin tersangkut di jari manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI – Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan lebih dari 12 jam apabila dua cincin emas yang dipakainya di jari manis tangan kiri gagal ditanggalkan sehingga menyebabkan jarinya membengkak. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Saini Manaf berkata, tidak tahan dengan kesakitan yang dialami wanita berusia 45 tahun itu, dia hadir sendiri ke balai bomba bagi meminta bantuan memotong cincin tersebut pada pukul 8.45 pagi. 

“Mangsa menyedari jarinya mula membengkak selepas memakai cincin tersebut pada malam semalam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota dimaklumkan mangsa telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin tersebut namun usahanya tidak berhasil sehingga mengambil keputusan meminta bantuan bomba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Saini, anggota mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong dan menanggalkan cincin tersebut menggunakan peralatan khas. 

“Usaha memotong dan menanggalkan cincin tersebut dilakukan dengan berhati-hati agar tidak mendatangkan sebarang kecederaan terhadap mangsa. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.55 pagi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini