Wanita maut, suami dan anak cedera selepas kereta terjunam ke gaung - Utusan Malaysia

Wanita maut, suami dan anak cedera selepas kereta terjunam ke gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI – Seorang wanita maut manakala suami serta anaknya cedera apabila kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Batu 14 Lebuh Raya Timur – Barat, berhampiran Batu Melintang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira -kira pukul 4.40 petang itu, mangsa yang maut ialah Rohani Setapa, 61, anaknya,  Roshaina Husain, 30, mengalami kecederaan parah manakala suami Rohani,  Husain Ismail, 66, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa’aid berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.45 petang.

“ Kerja-kerja mengeluarkan tiga beranak itu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa naik setiap seorang mangsa.

“Difahamkan mereka dari Gerik menuju ke Jeli namun ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu anak mangsa hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum jatuh ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa yang maut kemudian dibawa ke Hospital Jeli dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN