Wanita lumpuh selepas digigit kutu - Utusan Malaysia

Wanita lumpuh selepas digigit kutu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALES UTARA, Britain – Seorang wanita menderita lumpuh dan tidak mampu bercakap selama dua tahun selepas mengalami jangkitan kuman akibat digigit kutu.

Rachel Foulkes-Davies, 43, yang berasal dari Denbighshire, dekat sini digigit serangga itu pada lehernya ketika berada di taman di hadapan rumahnya pada Jun 2015.

Pada mulanya, dia tidak berasa apa-apa, namun kemudian, bibirnya kebas dan wajahnya berubah senget. Rachel kemudian dihantar ke hospital dan doktor mengesahkan dia menghidap Bell Palsy atau lumpuh saraf muka dan diberikan rawatan steroid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, dia gagal pulih dan keadaannya menjadi semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap atau makan. Ibu kepada tiga orang anak itu kemudian disahkan menghidap penyakit Lyme akibat jangkitan kuman yang dibawa serangga tersebut.

“Kelumpuhan pada wajah bermula dengan bibir saya menjadi kebas beberapa hari selepas digigit. Ia menyebabkan anak-anak tidak memahami apa yang saya katakan,” kata Rachel.

Rachel kini semakin sembuh dan boleh bercakap secara perlahan-lahan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini