IPOH 6 Jun – Selepas menderita hampir 14 tahun akibat penyakit misteri sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya membesar kepada saiz luar biasa, Nor Fazila Mohd. Zahari, 36, akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Nor Fazilah meninggal dunia di rumah keluarganya di Taman Chepor Damai, Chemor di sini pada pukul 4.47 petang. Menurut bapanya, Mohd. Zahari Mohd. Kassim, 66, anaknya itu meninggal dunia setelah terjatuh di dalam bilik air rumah mereka. Katanya,…










