ARAU 3 Jun – Seramai lapan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, di sini sebentar tadi. Kesemua mereka kecuali Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim dan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man tiba istana tersebut kira-kira pukul 11 pagi. Sebelum itu, Azlan yang juga ADUN Bintong telah menghadap Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Kenangan Indah, Repoh, Kangar.…










