PUTRAJAYA – Tindakan tegas terhadap mana-mana penjual, pengedar dan pengilang yang menjual bateri sekunder tanpa pengesahan dan label keselamatan SIRIM akan dikuatkuasakan pertengahan tahun depan. Bateri sekunder ialah bateri cas semula yang banyak digunakan untuk telefon bimbit, ‘power bank’, rokok elektrik, gajet permainan elektronik dan dron. Menurut Pengarah Bahagian Standard Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Che Sukri Che Mat, pengimport, pengedar dan penjual perlu memastikan bateri sekunder…










