KOTA BHARU 17 Jun – Sempena Hari Raya Aidilfitri, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) baru-baru ini meluangkan masa masa menziarahi dan menyantuni beberapa bekas petugas media yang pernah berkhidmat di negeri ini. Program Ziarah Kasih Kemudi tersebut diketuai Presiden Kemudi yang juga Ketua Biro Utusan Kelantan, Azran Fitri Rahim. Antara yang dilawati ialah bekas wartawan Berita Harian, Azman Mahmood; bekas jurugambar The Star, Sazuki Embong dan bekas jurugambar Utusan…










