[VIDEO] Polis P. Pinang rampas dadah RM300,000 dalam 3 serbuan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis P. Pinang rampas dadah RM300,000 dalam 3 serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Jun – Polis negeri ini merampas dadah dengan nilai keseluruhan kira-kira RM300,000 dalam tiga serbuan sepanjang minggu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, rampasan itu membabitkan dadah jenis heroin sebanyak 18.62 kilogram (kg); ketamin (52.7 gram); 200 biji pil ektasi dan 2,400 biji pil eramin 5.

Tambahnya, serbuan itu juga berjaya menahan seramai lima suspek termasuk seorang wanita berusia antara 36 hingga 47 tahun.

“Selain itu, kita juga merampas sebuah motosikal dan kereta serta barangan untuk memproses dadah dengan nilai yang disita kira-kira RM71,000.

“Tiga daripada suspek telah direman sehingga esok manakala dua lagi sudah dituduh di mahkamah dan kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN