KUALA LUMPUR 8 Jun – Majlis Perundingan Melayu (MPM) mencadangkan agar Panel Penasihat Diraja diwujudkan bagi memberi nasihat Yang di-Pertuan Agong dalam membuat sebarang keputusan. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, biarpun ada Majlis Raja-raja, namun panel itu perlu terdiri daripada orang persendirian yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini seperti mantan ketua polis negara dan ketua hakim negara. “Keahlian panel ini terdiri mereka yang mempunyai latar…









