JEMPOL 9 Jun – Biarpun usianya telah mencecah 102 tahun, seorang warga emas, Neemah Maalam masih berupaya untuk berpuasa sepanjang Ramadan tanpa sehari pun meninggalkan ibadat tersebut. Neemah tidak menjadikan Ramadan sebagai alasan untuk bermalas-malasan atau berehat sebaliknya dia aktif melakukan aktiviti harian di rumah yang didiaminya seorang diri di Kampung Serting Ilir, di sini. Yang mengkagumkan, dalam usia lebih satu abad, warga emas ini masih kuat mengopek kelapa,…