KOTA BHARU 12 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjamin bekalan bahan mentah di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan pasar tani seluruh negara pada musim perayaan ini adalah mencukupi. Timbalan Ketua Pengarah FAMA (pembangunan), Mansor Omar berkata, masyarakat tidak perlu membuat pembelian panik kerana pihaknya sudah berbincang dengan pembekal yang memberi jaminan akan meningkatkan bekalan sehingga tiga kali ganda. Beliau berkata, untuk langkah tambahan, bekalan sejuk beku ikan,…











