PUTRAJAYA 6 Jun – Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas akan memberi kepentingan terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai salah satu daripada tiga fokus utama yang akan digerakkan sepanjang tempoh dua tahun perkhidmatannya. Dua lagi fokus ialah memansuhkan undang-undang yang menindas termasuk Akta Antiberita Tidak Benar serta menyemak semula tindakan pentadbiran terdahulu melaksanakan kontrak antarabangsa yang bercanggah dengan kepentingan Malaysia. “Saya akan mengkaji kertas siasatan kes jenayah dan sivil…










