TASHKENT 19 Jun – Uzbekistan menjemput Afghanistan dan militan Taliban untuk mengambil bahagian dalam rundingan damai selepas kedua-dua pihak mengumumkan gencatan senjata selama tiga hari ketika cuti Aidilfitri. Taliban membuat pengumuman gencatan senjata mengejut selama tiga hari bermula Jumaat lalu, kecuali terhadap tentera asing. “Pihak kami berharap gencatan senjata ini akan berterusan selama-lamanya. “Kementerian Luar mengesahkan kesediaannya untuk mewujudkan, di segala peringkat proses perdamaian, semua syarat diperlukan bagi mengadakan perbincangan…










